Pusat Sumber
Sekolah SK LKTP Ulu Dengar (SKUD) ditubuhkan di sekolah ini pada
tahun 1995. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan yang mampu menampung jumlh
murid ketika itu.
Pusat Sumber SKUD terletak ditingkat
1, blok B. Terdapat kemudahan bahan
bacaan buku dan bukan buku. Jumlah bahan Pusat Sumber bertambah dari tahun ke
tahun. Sehingga kini jumlah buku menjangkau hamper 5000 buah. Selain itu, bahan bacaan serta rujukan untuk guru
dan kakitangan sekolah juga disediakan. Bilik perpustakaan ini dilengkapi
kemudahan computer bagi penyelaras pusat sumber, kerusi dan meja untuk
keselesaan murid-murid membaca. Terdapat juga bilik operasi di dalam pusat
sumber ini bagi menjalankan proses pentadbiran dan organisasi bahan PSS.
Bersebelahan dengn bilik
perpustakaan adalah bilik media/ BBM dan bilik tayang. Bilik Media/ BBM
menyediakan bahan-bahan bantu mengajar dalam bentuk buku, carta, CD, atlas,
permainan serta pelbagai lagi untuk kegunaan guru dan murid-murid.
Bilik Tayang merupakn prasarana
penting dalam PSS sekolah ini. Di sini segala pendidikan menggunakan media
elektronik disediakan. Selaras dengan kemajuan ICT, Makmal computer serta bilik
akses disediakan bagi meningkatkan pemahaman serta menjadikan murid-murid celik
computer. Bilik Komputer juga berperanan menjadi tempat bagi menjalakan PdP selain
di bilik darjah. Bilik Akses pula menyediakan kemudahan internet kepada para
pelajar dan guru serta kakitangan sekolah.
Secara keseluruhan, pusat sumber ini
menjadi tumpuan pelajar dan guru untuk membaca serta mendapatkan maklumat serta
rujukan tentang sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment