NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan gabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi
masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga
sekolah.
Matlamat NILAM
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid.
Objektif NILAM
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk:-
a. Menjadikan murid banyak membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.
Tahap Pencapaian Program NILAM
Terdapat dua tahap pencapaian NILAM iaitu:-
1. Tahap JAUHARI
2. Tahap Rakan Pembaca (RP)
No comments:
Post a Comment