Monday, 7 August 2017

VISI DAN MISI PSS SK LKTP ULU DENGAR

Visi Pusat Sumber SK LKTP Ulu Dengar 
  • ·         Menjadikan Pusat Sumber sekolah LKTP Ulu Dengar sebagai pusat ilmu dan budi
  • ·         Berkeupayaan membangunkan minda cemerlang melalui kepelbagaian sumber     
               pengajaran dan pembelajaran.

Misi Pusat Sumber SK LKTP Ulu Dengar
Membantu guru-guru dan murid- murid mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di Pusat Sumber sekolah secara berkesan.

SEJARAH PSS SK LKTP ULU DENGAR



Pusat Sumber Sekolah SK LKTP Ulu Dengar (SKUD) ditubuhkan di sekolah ini pada tahun 1995. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan yang mampu menampung jumlh murid ketika itu.
            Pusat Sumber SKUD terletak ditingkat 1, blok B.  Terdapat kemudahan bahan bacaan buku dan bukan buku. Jumlah bahan Pusat Sumber bertambah dari tahun ke tahun. Sehingga kini jumlah buku menjangkau hamper 5000 buah. Selain  itu, bahan bacaan serta rujukan untuk guru dan kakitangan sekolah juga disediakan. Bilik perpustakaan ini dilengkapi kemudahan computer bagi penyelaras pusat sumber, kerusi dan meja untuk keselesaan murid-murid membaca. Terdapat juga bilik operasi di dalam pusat sumber ini bagi menjalankan proses pentadbiran dan organisasi bahan PSS.
            Bersebelahan dengn bilik perpustakaan adalah bilik media/ BBM dan bilik tayang. Bilik Media/ BBM menyediakan bahan-bahan bantu mengajar dalam bentuk buku, carta, CD, atlas, permainan serta pelbagai lagi untuk kegunaan guru dan murid-murid.
            Bilik Tayang merupakn prasarana penting dalam PSS sekolah ini. Di sini segala pendidikan menggunakan media elektronik disediakan. Selaras dengan kemajuan ICT, Makmal computer serta bilik akses disediakan bagi meningkatkan pemahaman serta menjadikan murid-murid celik computer. Bilik Komputer juga berperanan menjadi tempat bagi menjalakan PdP selain di bilik darjah. Bilik Akses pula menyediakan kemudahan internet kepada para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah.
            Secara keseluruhan, pusat sumber ini menjadi tumpuan pelajar dan guru untuk membaca serta mendapatkan maklumat serta rujukan tentang sesuatu perkara.


GANJARAN TAHAP PENCAPAIAN NILAM

Berikut merupakan jadual sistem ganjaran Tahap Pencapaian JAUHARI:-



Jumlah Bacaan/Buku

Pengiktirafan

90-179

Gangsa

180-269

Perak

270-359

Emas

360-ke atas

NILAM

Berikut merupakan jadual sistem ganjaran Tahap Pencapaian Rakan Pembaca (RP):-



Jumlah Bacaan/Buku

Pengiktirafan

100 – 199

Gangsa

200 - 299

Perak

300 - 399

Emas

400  ke atas

NILAM

APAKAH ITU NILAM?




NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat NILAM
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid. 

Objektif NILAM
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk:- 

a. Menjadikan murid banyak membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat 
    membaca ini.

Tahap Pencapaian Program NILAM
Terdapat dua tahap pencapaian NILAM iaitu:-

                1. Tahap JAUHARI
                2. Tahap Rakan Pembaca (RP)